Kota Samarahan : Murid lelaki cedera tertusuk gunting di
muka dalam kejadian di kantin sekolah di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 10 pagi itu, muka Faiz Kamirin, 10, tertusuk
gunting yang dimain rakannya ketika makan di kantin sekolah.
Sumber berkata, ketika kejadian rakan mangsa yang bermain
gunting secara tidak sengaja sehingga tertusuk di kiri muka hanya beberapa inci
dari mata.
"Rakan mangsa kemudian memaklumkan mengenai kejadian
itu kepada guru sekolah dan dibawa ke Pusat Jantung Samarahan.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak
(HUS) untuk rawatan lanjut," katanya.
Setakat ini, difahamkan mangsa masih di hospital, namun
gunting itu sudah berjaya dikeluarkan