Mengikut Comment yang dilemparkan oleh orang awam di Facebook kejadian ini berlaku di seremban dan kilangnya berada di Rembau. Mohon Pihak berkuasa menyiasat Perkara ini.
banner
Friday, 31 July 2015
BUDAK SEKOLAH DARJAH 4 CUCUK MATA KAWAN GUNA GUNTING
Kota Samarahan : Murid lelaki cedera tertusuk gunting di
muka dalam kejadian di kantin sekolah di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 10 pagi itu, muka Faiz Kamirin, 10, tertusuk
gunting yang dimain rakannya ketika makan di kantin sekolah.
Sumber berkata, ketika kejadian rakan mangsa yang bermain
gunting secara tidak sengaja sehingga tertusuk di kiri muka hanya beberapa inci
dari mata.
"Rakan mangsa kemudian memaklumkan mengenai kejadian
itu kepada guru sekolah dan dibawa ke Pusat Jantung Samarahan.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak
(HUS) untuk rawatan lanjut," katanya.
Setakat ini, difahamkan mangsa masih di hospital, namun
gunting itu sudah berjaya dikeluarkan
Thursday, 30 July 2015
AWAS PENYAKIT RUMAH TANGGA !!! Akibat Vape Isteri dan Anak ketagih isap
#Husband Hadiahkan Vape dekat Isteri
# I Isap Vapor bukan isap rokok kenapa u nak suruh i berhenti pulak,
# Kanak-kanak 12 tahun kumpul duit Raya untuk beli Vapor
Asalnya ia adalah alternatif untuk berhenti merokok. Produk asalnya adalah daripada Amerika, Namun kini ia mula memikat golongan tidak merokok sehingga mewujudkan persepsi yang menjengkelkan.
Itulah penangan rokok elektronik atau vapor di Malaysia pada masa ini berikutan statusnya yang setakat ini masih dianggap selamat atau tidak membahayakan kesihatan dan tidak berdosa di sisi Islam.
Trend vapor ini semakin popular di kalangan remaja dan belia lingkungan 20-an hingga 30-an termasuk gadis bertudung dan wanita hamil.
Biasanya, aktiviti itu dilakukan di restoran mamak sambil melepak bersama rakan sebaya dan pemandangan gadis bertudung tanpa segan silu menghembus wap vapor menimbulkan persepsi kurang enak dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan berusia.
Bagaimanapun, gadis vapor menganggap perbuatan mereka itu tidak salah kerana mereka hanya mengambil perisa buah-buahan tanpa nikotin.
Nur Nabiha Ramlan, 20, berkata dia bukanlah perokok dan tidak pernah terfikir untuk merokok kerana menyedari kandungan nikotin dan bahan kimia lain yang tidak elok untuk tubuh badan.
Namun, dia tertarik dengan aliran semasa untuk menghisap vapor apabila ramai rakannya berbuat demikian.
"Ada pihak melabelkan saya sebagai perempuan tak elok hanya disebabkan menghisap vapor. Namun hakikatnya vapor hanya berasaskan air berperisa buah yang menghasilkan wap saja.
"Saya tidak kisah berbelanja besar untuk membeli vapor pertama saya pada harga RM500 kerana kualiti yang baik dan tidak mudah rosak. Lagipun ia bukan sesuatu yang baru dan persianya dijual di mana-mana saja sekarang.
Nur Nabiha mula menghisap vapor kira-kira enam bulan yang lalu selepas tertarik dengan wangian buah yang dihasilkan dari vapor.
Dia tidak menafikan ramai yang memandang negatif terhadap perempuan yang menghisap vapor, namun baginya perkara itu adalah hak masing-masing selagi tidak memudaratkan kesihatan.
"Saya lakukannya atas dasar suka-suka saja dan keluarga juga tidak menghalang minat saya. Biarlah apa orang nak kata kerana tidak mustahil satu hari nanti mereka pula akan ketagih untuk menghisap vapor.
Ada pihak cuba menasihatinya supaya berhenti menghisap vapor dan dia menerima teguran itu dengan baik.
"Kalau nak tegur dan rasa vapor ini tidak sesuai dengan perempuan, teruskanlah. Tapi saya tidak akan berhenti kerana ia tidak memudaratkan apa-apa pun.
"Lainlah kalau vapor mengandungi dadah berbahaya, berbaloilah orang ingin menegur dan mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati," katanya.
Wednesday, 29 July 2015
VIDEO RAKAMAN KREW TEKNIKAL DISEDUT KIPAS KAPAL TERBANG
Kemalanagan lapangan terbang yang berlaku di Lapangan
Terbang Antarabangsa Paso di Texas
Kejadian berlaku apabila krew teknikal selesai membuat penyelenggaraan berkala terhadap Kapal terbang Continental Airlines Flight 1515. Di dalam video berkenaan menunjukkan rakaman CCTV lapangan terbang tersebut didapati Krew berkenaan disedut oleh kipas kapal terbang berkenaan.
MH370 TELAH DI TEMUI DI PULAU REUNION DI LAUTAN HINDI
Seorang pakar penerbangan Perancis mendakwa beliau mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang hilang di perairan Malaysia pada Mac 2014. Bekas juruterbang tentera, Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi. Lelaki berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu dan beliau berkata, ia mungkin milik pesawat hilang berkenaan. "Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan," katanya kepada The Telegraph. "Dan kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 - pesawat yang sama seperti MH370. "Polis di Pulau Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia mungkin berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370. "Kami tidak dapat pastikan tapi kami fikir mungkin ia merujuk kepada pesawat berkenaan," katanya. Kehilangan pesawat berkenaan yang membawa 239 orang di dalamnya membingungkan penyiasat dan menyebabkan ahli keluarga serta waris masih tercari-cari jawapan. Beberapa teori muncul mengenai pesawat termasuk pesawat itu mendarat di Diego Garcia atau terbang menuju ke Korea Utara. Bagaimanapun, Tytelman percaya bahawa lokasi di Lautan Hindi adalah lebih logik bagi serpihan pesawat itu dihanyutkan. "Polis Perancis kini sedang menyiasat dan Australia yang mengetuai pencarian itu turut berminat. Kami tidak tahu berapa lama untuk mendapatkan pengesahan atau sebaliknya. Tapi ini adalah satu perkembangan yang menarik minat," katanya. Tytelman dalam blognya berkata, gambar-gambar serpihan itu mencetuskan minat yang signifikan dalam laman web AvGeek - forum tertutup di kalangan juruterbang. Katanya, banyak perbincangan mengenai bahagian kod pada serpihan berkenaan iaitu BB670. "Kod itu bukan nombor plat pesawat atau pun nombor siri peralatan mesin. "Tapi jika sayap itu milik MH370, adalah jelas bahawa rujukan itu akan dapat dikenalpasti. Dalam beberapa hari lagi kami akan dapat jawapan yang muktamad," katanya. - The Telegraph
Air terpancut keluar daripada tanah !!! Sesungguhnya kiamat tidak akan pernah terjadi sebelum tanah Arab kembali basah dan subur.
ALLAHHUAKBAR,
SUBHANALLAH,
Satu demi satu petandan Kiamat Allah tunjukkan kepada kita cuma yang membezakan kita adalah kefahaman mata hati kita tentang kebenarannya. Umat pada hari ini sifatnya telah kembali kepada zaman-zaman jahiliah dahulu kala. Ingat Nabi kita ( SAW) sudah ingatkan kita tentang Kiamat.
Hal ini mengingatkan Nabi Muhammad saw bersabda :
"Sesungguhnya kiamat tidak akan pernah terjadi sebelum tanah Arab kembali
basah dan subur." (H.R. Muslim)
Saksikan Video Penemuan Air Memancut Keluar Dari Padang Pasir Arab ini
Subhanallah, apakah benar ini semua sudah berlaku.. kini tanah pasir yang
gersang bakal di suburi dengan air yang mengalir. Dan akan di tumbuhi dengan
tumbuh-tumbuhan seperti dulu kala.
GEMPAR !!! MKHLUK MANUSIA BERKEPAK BERJAYA DITANGKAP
GEMPAR !!!! Makhluk yang ditangkap di Utara London oleh penduduk setempat. Kejadian ini telah menggemparkan dunia dengan penemuan makhluk yang dianggap penduduk setempat sebagai "angle". Kejadian ini masih disiasat oleh penguatkuasa tempatan dan segala makluaman dan sidang media akan diumumkan
TANDA RUMAH ANDA TIDAK MENDAPAT RAHMAT ALLAH
CIRI-CIRI RUMAH YANG TIDAK MENDAPAT RAHMAT ALLAH
Malaikat tak akan masuk rumah, apabila di dalamnya ada
anjing, juga ada gambar atau patung." (HR Ahmad, Bukhari, Muslim,
Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah)
Barang siapa melakukan ancaman kepada saudaranya
(baca: umat muslim) dengan benda besi (misalnya pisau, celurit dan senjata
tajam lainnya), maka orang tersebut mendapatkan laknat dari malaikat, meski
orang itu saudara kandungnya sendiri. (Hadits yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim)
Barang siapa memakan makanan yang tidak sedap, maka
janganlah ia dekat dengan masjid karena sesungguhnya malaikat terganggu
melebihi terganggunya apa-apa yang mengganggu manusia. (HR Bukhari dan Muslim)
- Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.
- Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
- Rumah yang memelihara anjing.
- Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
- Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
- Rumah yang sering meninggikan suara.
- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
- Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .
- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
- Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
- Rumah pemakan riba,intres.
- Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
- Rumah yang memiliki patung-patung.
- Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
- Rumah yang didiami peminum arak.
- Rumah yang mempercayai tukang tilik.
- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.
Walaubagaimanapun, ini adalah olah dari generalnya sahaja, sebagai contoh patung-patung tidak boleh berada di dalam rumah, tapi ada sesetengah pendapat untuk permainan kanak-kanak ianya dibolehkan. So, korang boleh cari perincian setiap tajuk diatas untuk lebih penjelasan
Tuesday, 28 July 2015
LATAR BELAKANG SEREMBAN
Seremban ialah ibu negeri bagi Negeri Sembilan, yang terletak dalamdaerah Seremban, salah satu daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan. Pentadbiran bandar dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seremban.
Jalan Pasar Seremban (jalan menuju ke IPK Negeri Sembilan) |
Seremban
mula dibangunkan ketika penemuan bijih timah pada 1870-an sama
seperti bandar-bandar besar lain di Semenanjung Malaysia.
Penemuan bijih timah di kawasan berdekatan iaitu Rasah menunjukkan kedatangan imigran Arab, Melayu dan Cina untuk
bekerja di lombong ini dan berniaga. Penduduk Melayu tempatan kebanyakannya
bekerja sebagai petani dan keberatan untuk menempuhi cabaran-cabaran baru. Kota
Seremban memiliki kesamaan dengan kota Bukittinggi.
Jalan Dato Bandar Tunggal Seremban dulu dikenali Birch Road (Tapak lama Banggunan Bank HSBC) |
Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong membangun
bukan sahaja sebagai kawasan perlombongan tetapi juga pusat perniagaan. Sungai Linggi merupakan
satu-satunya laluan keluar untuk mengangkut bijih dan bekalan keluar dan masuk
bandar. Pendapatan tidak hanya datang dari dagangan bijih timah tetapi juga
dari kutipan cukai yang banyak yang tidak disukai para pedagang dan kolonial British di
pelabuhan terdekat iaitu di Melaka.
Station Keretapi lama Seremban 1894 |
Pembesar tempatan, Dato’ Kelana dan Dato’Bandar di Sungai
Ujong berebut akan hak memungut cukai dan ketuanan dan penguasaan
lombong-lombong tersebut. Kesengketaan tersebut membuka peluang kepada pengaruh
Britih di Negeri Sembilan. Britih memihak kepada Dato’ Kelana setelah dijemput
dan mengalahkan angkatan Dato’ Bandar yang kemudiannya dibuang ke Singapura. Sebagai tanda penghargaan kepada British yang telah
membantu beliau menang dalam peperangan tersebut, Dato’ Kelana tiada pilihan
lain selain menerima Residen British yang menjadi penasihatnya yang tidak
berkaitan agama dan adat Melayu.
Sattion Bas lama 1894 |
Station Bas sekitar tahun 1991 |
Captain Murray dilantik sebagai residen pertama dan
kemudian tinggal di Channer Road, yang kini dinamakan Jalan Dato' Siamang
Gagap. Sejurus selapas itu, penduduk Rasah mula berpindah berdekatan Channer
Road bagi menjamin keselamatan dan pentadbiran yang teratur.
Subscribe to:
Posts (Atom)