banner
Tuesday, 29 September 2015
Sunday, 27 September 2015
DI SAMUN KETIKA MENGISI MINYAK DI PAROI "WALAUPUN TELAH MENGUNCI PINTU KERETA TETAP JUGA KENA SAMUN"
SEREMBAN - Seorang wanita berdepan detik
cemas apabila disamun dua lelaki bermotosikal ketika sedang mengisi minyak di
sebuah stesen minyak di Paroi di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, penjenayah dianggarkan berusia lingkungan 20-an bertindak mengambil beg mangsa yang diletakkan di atas kerusi penumpang bahagian hadapan keretanya sebelum melarikan diri.
Menceritakan kejadian, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jannah, 23, berkata, ketika dia sedang mengisi minyak, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki secara tiba-tiba berhenti berhampiran keretanya.
“Masa itu saya tak fikir apa-apa sebab ingatkan dia tunggu giliran isi minyak. Jadi saya tak ambil kisah sangat, lagipun ramai orang.
“Tapi tiba-tiba seorang daripada mereka turun dari motosikal dan berdiri betul-betul dekat pintu kereta saya sebelum membuka pintu dan mengambil beg yang diletak atas tempat duduk penumpang,” katanya.
Menurutnya, dia sempat menarik baju dipakai penjenayah berkenaan dan menjerit meminta tolong, namun kejadian berlaku pantas dan suspek berjaya melarikan diri.
Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik kerana tidak dicederakan dan beg yang dilarikan hanya berisi barangan biasa.
“Telefon bimbit saya mereka tak sempat ambil sebab terletak atas kerusi. Nasib baik kad ATM dan yang lain saya letak dalam beg lain," katanya.
Jannah berkata, walaupun dia sudah mengambil langkah keselamatan dengan mengunci pintu ketika turun dari kereta untuk ke kaunter bayaran, namun dia terlupa menguncinya ketika mengisi minyak.
"Bila tengah isi minyak, saya tak kunci sebab ingatkan tak akan jadi apa-apa,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Paroi, di sini.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, penjenayah dianggarkan berusia lingkungan 20-an bertindak mengambil beg mangsa yang diletakkan di atas kerusi penumpang bahagian hadapan keretanya sebelum melarikan diri.
Menceritakan kejadian, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jannah, 23, berkata, ketika dia sedang mengisi minyak, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki secara tiba-tiba berhenti berhampiran keretanya.
“Masa itu saya tak fikir apa-apa sebab ingatkan dia tunggu giliran isi minyak. Jadi saya tak ambil kisah sangat, lagipun ramai orang.
“Tapi tiba-tiba seorang daripada mereka turun dari motosikal dan berdiri betul-betul dekat pintu kereta saya sebelum membuka pintu dan mengambil beg yang diletak atas tempat duduk penumpang,” katanya.
Menurutnya, dia sempat menarik baju dipakai penjenayah berkenaan dan menjerit meminta tolong, namun kejadian berlaku pantas dan suspek berjaya melarikan diri.
Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik kerana tidak dicederakan dan beg yang dilarikan hanya berisi barangan biasa.
“Telefon bimbit saya mereka tak sempat ambil sebab terletak atas kerusi. Nasib baik kad ATM dan yang lain saya letak dalam beg lain," katanya.
Jannah berkata, walaupun dia sudah mengambil langkah keselamatan dengan mengunci pintu ketika turun dari kereta untuk ke kaunter bayaran, namun dia terlupa menguncinya ketika mengisi minyak.
"Bila tengah isi minyak, saya tak kunci sebab ingatkan tak akan jadi apa-apa,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Paroi, di sini.
Monday, 21 September 2015
Friday, 18 September 2015
IMAM MASJID NEGARA KENA TAMPAR WAKTU SOLAT JUMAAT
Suasana solat jumaat sebentar tadi di Masjid Negara berlaku
sedikit kekecohan apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa arab telah
bertindak menampar imam ke-2 Masjid, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ketika beliau
sedang mengimamkan solat Jumaat.
Kejadian berkenaan berlaku ketika solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.
Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.
Kejadian berkenaan berlaku ketika solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.
Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.
Wednesday, 16 September 2015
Wanita putus tunang sebab Tunangnya jual Burger - Rakaman semula Oleh DJ Radio... Memang sentap punya
Wanita putus tunang sebab Tunangnya jual Burger - Rakaman semula Oleh DJ Radio... Memang sentap punya
Tuesday, 15 September 2015
Monday, 14 September 2015
VIDEO DISAAT KREN TUMBANG DI MEKAH
Video ini telah dirakam oleh jemaah haji secara tidak sengaja sebelum tumbang kren tersebut. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada mangsa-mangsa. Segala yang terjadi ini adalah kehendak Allah dan hanya Allah jugalah yang boleh kita minta pertolongan.
Monday, 17 August 2015
Cili Sos Kimball berintikan Cicak
Pengguna Laman sosial Facebook telah memuat naik Sos Cili Kimball berintikan cicak. mohon Pihak yang bertaggungjawab menyiasat perkara ini.
Thursday, 6 August 2015
Makan Malam di gerai yang tidak wujud di Pahang
Pengguna Facebook telah memuatnaik status dan gambar ketika makan di sebuah gerai makan yang sebenarnya tidak wujud jalan mertakap, Pahang. Kejadian itu telah membuatkan pengguna jalan raya disitu terkejut melihat sebuah keluarga sedemikian rupa. Yang menjadi persoalan APAKAH YANG SEBENARNYA MEREKA MAKAN ?
Festival Patung Sex bagi tujuan kesedaran Masyarakat
Festival itu sentiasa menarik perhatian, terutama jika mereka di China. Kebanyakan semua dengan wajah-wajah orang-orang sesat Cina yang dapat melihat wanita dan "perkara-perkara" pelik dan seks yang dijual di laman web!
Pertengahan Mei setiap tahun, pemerintah China sering mengadakan acara Sex Culture Festival di kawasan Guangzhou. Festival Budaya Seks ke-13 ini diisi dengan berbagai kegiatan menarik, mulai dari pameran foto, seminar tentang seks, pameran alat bantu seks, hingga pameran lingerie.
Dilansir Amped Asia, festival tersebut memang
sengaja ditubuhkan oleh pemerintah China dengan tujuan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kesadaran masyarakat tentang penting dan bahayanya seks. Dan
seperti tahun-tahun sebelumnya, Sex Culture Festival di sana selalu dikunjungi
dengan puluhan ribu pengunjung. Ini yang dinamakan niat tidak menghalalkan cara. Mudahan perkara seperti ini tidak berlaku kepada negara kita walaupun sebelum ini telah ada kontroversi terhadap pembelajaran sex oleh pelajar sekolah rendah
Wednesday, 5 August 2015
WANITA CANTIK ISAP VAPE KEPALA ZAKAR
Penyakit vape dikalangan remaja belum reda, kini pengeluar vape menjadikan produk ini lebih menarik dengan mengeluarkan aksesori vape bentuk kepala zakar. APAKAH SEMUA INI !!!!
Sekadar peringatan pada kawan-kawan lain. Jangan la ada
antara kita yang macam ni.
Ye, aksesori tu hak masing-masing. Jangan di sebabkan “Bodoh”
sesaat tu, semua vaporian dapat busuk.
Disebabkan segelintir yang beginilah peluang vapor untuk di
‘BAN’ oleh kerajaan semakin tinggi.
Dah la dengan isu flavor ketum, ganja la. Sumber- group vapour
Tuesday, 4 August 2015
Duit Not RM 50 Ringgit Bersepah Diatas Jalan Singapore
Singapura: Pengguna Bukit Timah Expressway (BKE) semalam,
terkejut apabila mendapati wang kertas bertaburan di laluan berkenaan dan ramai
pengguna berhenti untuk mengutipnya.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 6.20 petang
berhampiran laluan menghubungkan Lebuhraya Seletar (SLE) dengan BKE.
Video yang dimuat naik oleh Reckless Drivers Community di
YouTube hari ini, menunjukkan laluan di lebuh raya itu dipenuhi not RM50
(S$17.90) dan ramai pemandu memperlahankan kenderaan berikutan ramai berhenti
mengutip wang berkenaan.
Menurut seorang pembantu tadbir, Annie, 50,kepada media
Singapura, Lianhe Wanbao, dia berada di atas bas dua tingkat apabila ternampak
not berterbangan.
Menurutnya, beberapa penumpang meminta pemandu supaya
memberhentikan bas kerana mereka mahu turun untuk mengambil wang itu tetapi dia
menolak.
Annie menganggarkan ada sekurang-kurangnya RM10,000.
Ahli perniagaan dikenali sebagai Liu, 60, memberitahu Shin Min
Daily News, dia menyangka not berkenaan hanya kertas biasa.
“Tetapi apabila saya memperlahankan kereta untuk melihat lebih
dekat, saya dapati ia adalah not RM50," katannya.
Tidak dapat dipastikan bagaimana wang kertas Malaysia itu boleh
berterbangan di lebuh raya berkenaan. - The Straits Times
18XL.... Cara Bersama Ketika Hamil
Panduan dan cara
bersetubuh ketika hamil atau mengandung. Disini kami ingin berkongsikan bahawa
bersetubuh ketika masih mengandung adalah tidak berbahaya dan tidak menjejaskan
bayi dalam kandungan. Berikut adalah penerangan dan posisi terbaik untuk suami
apabila si isteri sedang hamil.
Adakah Bahaya Bersetubuh Ketika Hamil ?
Adakah Bahaya Bersetubuh Ketika Hamil ?
Secara umumnya, tiada masalah untuk kita
melakukan hubungan seks dengan isteri ketika beliau sedang mengandung. Malah
hubungan seks ketika mengandung mempunyai nikmat yang berlainan daripada biasa.
Ini kerana ketika mengandung, vagina mempunyai lebih lubrikasi dan cairan.
Disebabkan lebih banyak pengaliran darah ke bahagian pelvis dan vagina, orgasm
yang dialami isteri kita akan menjadi lebih hebat.
Posisi Cara Bersetubuh Ketika Mengandung
Baring di sisi
Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif
dalam gimnastik semakin perut anda membesar. Tetapi berbaring di sisi
membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian beasr beratnya dari uterus anda.
Posisi duduk
Suami akan berada pada bahagian bawah, iaitu
duduk dan kemudian isteri pula duduk diatasnya dalam keadaan saling
bertentangan atau berdepan. Bila situasi kandungan semakin sarat, kedudukan
isteri membelakangi suami pula adalah juga posisi yang terbaik.
Posisi baring sebelah adalah di mana suami berada di atas tetapi mengekalkan baringan dalam separuh badan.
Perkara yang perlu dihentikan jika bersetubuh ketika mengandung
Ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan
dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:
-
pendarahan;
-
sakit atau kekejangan abdomen;
-
pecah ketuban;
-
sejarah kelemahan serviks;
- plasenta praevia, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.
RAJA NEGERI SEMBILAN RAJA BERDAULAT...Daulat Tuanku
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
Baginda di puterakan pada 14 Januari 1948 adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.
Baginda di puterakan pada 14 Januari 1948 adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.
Baginda merupakan satu-satunya putera daripada enam orang adik
beradik kepada pasangan Tuanku Munawir,Yang di-Pertuan Besar ke-9 dan pasangan
baginda, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad,
Kuala Pilah. Kemudian di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin,Tampin dan Sekolah
Menengah King George V di Seremban dan meneruskan pelajaran baginda di Aldenhem
School, United Kingdom.
Baginda memperolehi Ijazah Undang-undang dari Kolej
Universiti Wales, Aberystwyth, Britain.
Kerjaya.
Baginda menjadi ahli perniagaan serta Pengarah Bangkok Bank
Berhad.
Keluarga.
Pada tahun 1973 Tuanku Muhriz kemudiannya mengahwini Tengku
Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan memperoleh tiga
orang putera, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Muhriz, Tunku Zain
Al-‘Abidin Muhriz, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.
Tunku Besar Seri Menanti
Dilantik sebagai Tunku Besar pada 1960, Tunku Muhriz dipilih
oleh Majlis Undang berikutan kemangkatan ayahanda baginda. Perlembagaan Negeri
Sembilan menyatakan bahawa penggantian takhta adalah mengikut anakanda lelaki,
cucunda lelaki, adinda lelaki dan anak kepada adinda lelaki kepada pemerintah
itu. Tunku Muhriz merupakan waris pertama selepas kemangkatan Tuanku Munawir,
lalu diikuti oleh Tunku Ja'afar dan Tunku Abdullah.
Walau bagaimanapun, baginda tidak dilantik sebagai Yang
di-Pertuan Besar ketika itu tetapi ayahanda saudaranya, Tuanku Jaafar yang
untuk satu penggal iaitu 5 tahun ketika itu seorang diplomat, telah dilantik
sebagai Yang di-Pertuan Besar yang ke-10.
Pemilihan ini secara tidak langsung dicadangkan sendiri oleh
Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman, yang meminta supaya
Tuanku Muhriz tidak dipilih kerana masih terlalu muda iaitu ketika itu berusia
lapan belas tahun.
Yang di-Pertuan Besar.
Pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir pada 22-28 Oktober 2009 dijalankan dengan
penuh adat istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti, Seri
Menanti,Negeri Sembilan,Malaysia.
Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku
Muhriz memberitahu media tentang aturcara majlis:
Pada 29 Disember 2008, istiadat permasyhuran Tuanku Muhriz
sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 berikutan kemangkatan Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku
Abdul Rahman pada 27 Disember 2008.
Pada 22 Februari 2009, istiadat pelantikan dan pertabalan
Tunku Besar Seri Menanti (Tunku Ali Redhauddin) iaitu Putera Empat.
Pada 14 April 2009, Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Pada 14 April 2009, Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Pada 22 Oktober 2009, alat-alat kebesaran dipasang di
halaman Istana Besar Seri Menanti oleh Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri
Amar Diraja. Antaranya ialah lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak
berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan
tonggol (panji-panji) kuning, hitam dan merah.
Alat-alat kebesaran ini akan kekal terpasang di halaman
Istana Besar Seri Menanti selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan
alat-alat kebesaran dilakukan pada 28 Oktober 2009.
Pada 25 Oktober 2009, istiadat bersiram di mana Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan akan
bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke
Panca Persada. Orang Empat istana akan menyempurnakan istiadat bersiram dengan
menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda berdua sebanyak tujuh
kali.
Baginda berdua akan bersemayam semula di atas Takhta Rencana
dan akan diarak kembali ke Istana Besar Seri Menanti.
Pada 26 Oktober 2009, istiadat pertabalan di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti.Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 merupakan salah satu daripada tiga istiadat bersejarah di Negeri Sembilan pada tahun 2009.
Pada 26 Oktober 2009, istiadat pertabalan di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti.Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 merupakan salah satu daripada tiga istiadat bersejarah di Negeri Sembilan pada tahun 2009.
Jejak Warisan-Laluan Raja Melewar yang melibatkan acara
berkayak merentasi Selat Melaka sehingga ke Sumatera
Istiadat Menurun dan Memasang Alat Kebesaran Diraja
Istiadat Bersiram di Panca Persada, Istana Besar Seri Menanti
Istiadat Pertabalan di Balairong Seri.
Istiadat Menurun dan Memasang Alat Kebesaran Diraja
Istiadat Bersiram di Panca Persada, Istana Besar Seri Menanti
Istiadat Pertabalan di Balairong Seri.
Pertabalan Tuanku Muhriz akhirnya dimasyhurkan sebagai Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008 di Balairong Seri,
Istana Besar Seri Menanti,Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istiadat pemasyhuran
itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak
Dohak mengikut Adat Perpatih yang dibawa dari Pagar Ruyung,Sumatera, Indonesia.
Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu
Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku
Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar,Tunku Muda Serting
Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku
Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.
Tunku Naquiyuddin pernah menjadi pemangku Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan.Tunku Imran dan Tunku Nadzaruddin turut dipertimbangkan
sebagai calon Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.
Turut hadir ialah kesemua putera Almarhum Tuanku Ja’afar,
Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar; Tunku Muda Serting, Tunku
Imran Tuanku Ja’afar; dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin Tuanku
Ja’afar ,Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Rembau, Datuk
Muhamad Sharip Othman; dan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani.
Lain-lain ialah Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al
Qadri; kerabat diraja Negeri Sembilan; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan
serta pemimpin negeri.
Istiadat pemasyhuran.
Kesemua Undang Yang Empat bersidang di Dewan Keadilan dan
memutuskan pemasyhuran Tuanku Muhriz sebagai pengganti Almarhum Tuanku Ja’afar.
Kemudian tembakan meriam 32 das dan 21 das lagi menandakan pemasyhuran Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.
Semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz dan Mubarak
menyampaikan persembahan Mas Manah. Seterusnya Mufti negeri, Datuk Murtadza
Sheikh Ahmad membacakan doa kesyukuran.
Selepas istiadat pemasyhuran Baginda hadir dalam Istiadat
Pemakaman Diraja iaitu membawa jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar dari Pelambar di
Istana Besar Seri Menanti ke Maharaja Diraja Seri Menanti bersebelahan Masjid
Tuanku Munawir diiringi 86 das tembakan meriam.
DAULAT TUANKU.
Monday, 3 August 2015
Ahli Parlimen Di Humban Ke Dalam Tong Sampah Akibat Skandal Wang Rakyat
Ahli Parlimen Ukraine di humban dalam tong sampah oleh
rakyat mereka akibat skandal politik Wang Rakyat .
Ahli Parlimen tersebut
dihumban ke dalam tong sampah ketika menghadiri satu majlis keramaian. Kejadian
ini telah menimbulkan sesuana marah rakyat di Ukrain akibat skandal politik wang
yang selalu dilakukan oleh Ahli Parlimen tersebut yang membuatkan rakyat hilang
sabar.
Friday, 31 July 2015
Kilang Ayam Dirembau Jual Ayam Cucuk Leher
Mengikut Comment yang dilemparkan oleh orang awam di Facebook kejadian ini berlaku di seremban dan kilangnya berada di Rembau. Mohon Pihak berkuasa menyiasat Perkara ini.
BUDAK SEKOLAH DARJAH 4 CUCUK MATA KAWAN GUNA GUNTING
Kota Samarahan : Murid lelaki cedera tertusuk gunting di
muka dalam kejadian di kantin sekolah di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 10 pagi itu, muka Faiz Kamirin, 10, tertusuk
gunting yang dimain rakannya ketika makan di kantin sekolah.
Sumber berkata, ketika kejadian rakan mangsa yang bermain
gunting secara tidak sengaja sehingga tertusuk di kiri muka hanya beberapa inci
dari mata.
"Rakan mangsa kemudian memaklumkan mengenai kejadian
itu kepada guru sekolah dan dibawa ke Pusat Jantung Samarahan.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak
(HUS) untuk rawatan lanjut," katanya.
Setakat ini, difahamkan mangsa masih di hospital, namun
gunting itu sudah berjaya dikeluarkan
Thursday, 30 July 2015
AWAS PENYAKIT RUMAH TANGGA !!! Akibat Vape Isteri dan Anak ketagih isap
#Husband Hadiahkan Vape dekat Isteri
# I Isap Vapor bukan isap rokok kenapa u nak suruh i berhenti pulak,
# Kanak-kanak 12 tahun kumpul duit Raya untuk beli Vapor
Asalnya ia adalah alternatif untuk berhenti merokok. Produk asalnya adalah daripada Amerika, Namun kini ia mula memikat golongan tidak merokok sehingga mewujudkan persepsi yang menjengkelkan.
Itulah penangan rokok elektronik atau vapor di Malaysia pada masa ini berikutan statusnya yang setakat ini masih dianggap selamat atau tidak membahayakan kesihatan dan tidak berdosa di sisi Islam.
Trend vapor ini semakin popular di kalangan remaja dan belia lingkungan 20-an hingga 30-an termasuk gadis bertudung dan wanita hamil.
Biasanya, aktiviti itu dilakukan di restoran mamak sambil melepak bersama rakan sebaya dan pemandangan gadis bertudung tanpa segan silu menghembus wap vapor menimbulkan persepsi kurang enak dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan berusia.
Bagaimanapun, gadis vapor menganggap perbuatan mereka itu tidak salah kerana mereka hanya mengambil perisa buah-buahan tanpa nikotin.
Nur Nabiha Ramlan, 20, berkata dia bukanlah perokok dan tidak pernah terfikir untuk merokok kerana menyedari kandungan nikotin dan bahan kimia lain yang tidak elok untuk tubuh badan.
Namun, dia tertarik dengan aliran semasa untuk menghisap vapor apabila ramai rakannya berbuat demikian.
"Ada pihak melabelkan saya sebagai perempuan tak elok hanya disebabkan menghisap vapor. Namun hakikatnya vapor hanya berasaskan air berperisa buah yang menghasilkan wap saja.
"Saya tidak kisah berbelanja besar untuk membeli vapor pertama saya pada harga RM500 kerana kualiti yang baik dan tidak mudah rosak. Lagipun ia bukan sesuatu yang baru dan persianya dijual di mana-mana saja sekarang.
Nur Nabiha mula menghisap vapor kira-kira enam bulan yang lalu selepas tertarik dengan wangian buah yang dihasilkan dari vapor.
Dia tidak menafikan ramai yang memandang negatif terhadap perempuan yang menghisap vapor, namun baginya perkara itu adalah hak masing-masing selagi tidak memudaratkan kesihatan.
"Saya lakukannya atas dasar suka-suka saja dan keluarga juga tidak menghalang minat saya. Biarlah apa orang nak kata kerana tidak mustahil satu hari nanti mereka pula akan ketagih untuk menghisap vapor.
Ada pihak cuba menasihatinya supaya berhenti menghisap vapor dan dia menerima teguran itu dengan baik.
"Kalau nak tegur dan rasa vapor ini tidak sesuai dengan perempuan, teruskanlah. Tapi saya tidak akan berhenti kerana ia tidak memudaratkan apa-apa pun.
"Lainlah kalau vapor mengandungi dadah berbahaya, berbaloilah orang ingin menegur dan mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati," katanya.
Wednesday, 29 July 2015
VIDEO RAKAMAN KREW TEKNIKAL DISEDUT KIPAS KAPAL TERBANG
Kemalanagan lapangan terbang yang berlaku di Lapangan
Terbang Antarabangsa Paso di Texas
Kejadian berlaku apabila krew teknikal selesai membuat penyelenggaraan berkala terhadap Kapal terbang Continental Airlines Flight 1515. Di dalam video berkenaan menunjukkan rakaman CCTV lapangan terbang tersebut didapati Krew berkenaan disedut oleh kipas kapal terbang berkenaan.
MH370 TELAH DI TEMUI DI PULAU REUNION DI LAUTAN HINDI
Seorang pakar penerbangan Perancis mendakwa beliau mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang hilang di perairan Malaysia pada Mac 2014. Bekas juruterbang tentera, Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi. Lelaki berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu dan beliau berkata, ia mungkin milik pesawat hilang berkenaan. "Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan," katanya kepada The Telegraph. "Dan kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 - pesawat yang sama seperti MH370. "Polis di Pulau Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia mungkin berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370. "Kami tidak dapat pastikan tapi kami fikir mungkin ia merujuk kepada pesawat berkenaan," katanya. Kehilangan pesawat berkenaan yang membawa 239 orang di dalamnya membingungkan penyiasat dan menyebabkan ahli keluarga serta waris masih tercari-cari jawapan. Beberapa teori muncul mengenai pesawat termasuk pesawat itu mendarat di Diego Garcia atau terbang menuju ke Korea Utara. Bagaimanapun, Tytelman percaya bahawa lokasi di Lautan Hindi adalah lebih logik bagi serpihan pesawat itu dihanyutkan. "Polis Perancis kini sedang menyiasat dan Australia yang mengetuai pencarian itu turut berminat. Kami tidak tahu berapa lama untuk mendapatkan pengesahan atau sebaliknya. Tapi ini adalah satu perkembangan yang menarik minat," katanya. Tytelman dalam blognya berkata, gambar-gambar serpihan itu mencetuskan minat yang signifikan dalam laman web AvGeek - forum tertutup di kalangan juruterbang. Katanya, banyak perbincangan mengenai bahagian kod pada serpihan berkenaan iaitu BB670. "Kod itu bukan nombor plat pesawat atau pun nombor siri peralatan mesin. "Tapi jika sayap itu milik MH370, adalah jelas bahawa rujukan itu akan dapat dikenalpasti. Dalam beberapa hari lagi kami akan dapat jawapan yang muktamad," katanya. - The Telegraph
Subscribe to:
Posts (Atom)