banner

banner

Sunday, 27 September 2015

ANJING GILA JANGAN BUAT MAIN-MAIN










DI SAMUN KETIKA MENGISI MINYAK DI PAROI "WALAUPUN TELAH MENGUNCI PINTU KERETA TETAP JUGA KENA SAMUN"





SEREMBAN - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bermotosikal ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Paroi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, penjenayah dianggarkan berusia lingkungan 20-an bertindak mengambil beg mangsa yang diletakkan di atas kerusi penumpang bahagian hadapan keretanya sebelum melarikan diri.

Menceritakan kejadian, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jannah, 23, berkata, ketika dia sedang mengisi minyak, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki secara tiba-tiba berhenti berhampiran keretanya.

“Masa itu saya tak fikir apa-apa sebab ingatkan dia tunggu giliran isi minyak. Jadi saya tak ambil kisah sangat, lagipun ramai orang.

“Tapi tiba-tiba seorang daripada mereka turun dari motosikal dan berdiri betul-betul dekat pintu kereta saya sebelum membuka pintu dan mengambil beg yang diletak atas tempat duduk penumpang,” katanya.

Menurutnya, dia sempat menarik baju dipakai penjenayah berkenaan dan menjerit meminta tolong, namun kejadian berlaku pantas dan suspek berjaya melarikan diri.
Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik kerana tidak dicederakan dan beg yang dilarikan hanya berisi barangan biasa.

“Telefon bimbit saya mereka tak sempat ambil sebab terletak atas kerusi. Nasib baik kad ATM dan yang lain saya letak dalam beg lain," katanya.

Jannah berkata, walaupun dia sudah mengambil langkah keselamatan dengan mengunci pintu ketika turun dari kereta untuk ke kaunter bayaran, namun dia terlupa menguncinya ketika mengisi minyak.

"Bila tengah isi minyak, saya tak kunci sebab ingatkan tak akan jadi apa-apa,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Paroi, di sini.

Friday, 18 September 2015

IMAM MASJID NEGARA KENA TAMPAR WAKTU SOLAT JUMAAT





Suasana solat jumaat sebentar tadi di Masjid Negara berlaku sedikit kekecohan apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa arab telah bertindak menampar imam ke-2 Masjid, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat.

Kejadian berkenaan berlaku ketika solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.


Wednesday, 16 September 2015

Tuesday, 15 September 2015

Monday, 14 September 2015

VIDEO DISAAT KREN TUMBANG DI MEKAH

Video ini telah dirakam oleh jemaah haji secara tidak sengaja sebelum tumbang kren tersebut. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada mangsa-mangsa. Segala yang terjadi ini adalah kehendak Allah dan hanya Allah jugalah yang boleh kita minta pertolongan.